Prof Madya Hj Inon Shahruddin Abdul Rahman dan Dr Andika Aziz Hussin; Pengasas dan Penggerak Dekon MAKUM sejak 2001 hingga 2012. UMS adalah pusat kelahiran pementasan Dekon MAKUM di Malaysia. Antara karya berkaitan Dekon seperti; PROSEDUR PEMENTASAN DEKON MAKUM, KOMPILASI NASKAH-NASKAH DEKON MAKUM 2010-2012 & COFFEE TABLE SEJARAH PERKEMBANGAN DEKON MAKUM (2001-2012)
Festival Dekon MAKUM (FDM) telah menjangkau usia hampir sedekad (2001-2003, 2007-2012). Festival Dekon MAKUM (FDM) telah dianjurkan oleh UMS sebanyak 9 kali (2001-2003,2007-2012). Pelbagai pengalaman pahit manis dalam menganjurkan festival yang berprestij seperti ini. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua institusi pengajian tinggi (IPTA), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sabah (JKKN), Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM) serta Sekretariat Dekon MAKUM yang terdiri dari kalangan pelajar jurusan teater Sekolah Pengajian Seni serta individu-individu yang sentiasa menyokong penganjuran dan pembangunan festival ini.
Pelbagai tafsiran telah dibuat mengenai seni Dekon ini. Ada yang berpendapat Dekon ini ialah seni mendeklamasikan sajak sambil berlakon, seni pantomin dan sebagainya. Dekon MAKUM berbeza dengan dekon yang digagaskan oleh Sasterawan Negara Dato A. Samad Said. Justeru itu, pihak Sekretariat Dekon MAKUM UMS telah mengambil inisiatif menerbitkan buku yang mengandungi maklumat berkaitan format dan struktur pementasan dan penulisan skrip Dekon hasil daripada penganjuran Seminar dan Bengkel Dekon MAKUM yang dibuat tahun 2007, Bengkel Lakon Dekon 2010 dan Bengkel Penulisan Skrip Dekon MAKUM 2012. Penghasilan buku yang dikenali sebagai Prosedur Pementasan Dekon MAKUM dan Siri Himpunan Naskah Dekon 2011 adalah saat-saat yang dinantikan oleh semua penggiat Dekon MAKUM. Ia secara langsung diharapkan akan dapat melenyapkan sebarang kemusykilan yang membelenggu setiap IPTA yang menyertai Festival Dekon MAKUM mahupun peminat-peminat Dekon mengenai gaya pementasan dan tatacara penghasilan sebuah naskah Dekon MAKUM. Melalui platform Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM), diharapkan seni Dekon MAKUM akan terus dipelihara dan dikembangkan ke seluruh Malaysia kerana seni Dekon MAKUM ini adalah satu khazanah seni pementasan lakon berwajah Malaysia dan penuh dengan elemen seni tradisional kemelayuannya, serta sangat berguna dan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran seni Dekon MAKUM, penulisan naskah dan pementasan dekon. Semoga FDM terus megah di bawah lembayung UMS. Dekon adalah wadah dan wajah teater kita. โฆ...more
...more
Show less